Saya mengenali dan belajar politik dari arwah bapa saya - Jamawi Jaafar

Unknown | 23:31 | 0 comments

Jamawi Jaafar
"Saya mengenali dan belajar politik daripada Arwah Bapa sya. Beliau mengajar saya Politik yang jujur, amanah, ikhlas, setia, istikamah, bantu rakyat,tawaduk dan sentiasa mesra rakyat. Tapi kini Amat malang, Pemimpin Besarmengajar saya Politik Cantas, Adu Domba, Khianat, Kroni, Proksi dan macam macamlagi yang jauh dari ajaran Politik Arwah Bapa.. Sehinggakan saya tawar hati utkterus Berpolitik..Arwah Bapa juga pernah berpesan.. Pilih lah antara Politik Atau Berniaga." - Jamawi Jaafar

Saya mengenali sdr. Jamawi Jaafar ketika zaman Pak Lah, dari seorang rakan di P.Pinang iaitu sdr Din atau lebih dikenali dalam kalangan rakan-rakan kami sebagai Din Kari. Selepas itu, saya sering berhubung dengan beliau menerusi SMS dan telefon atas urusan dakwah yang saya buat bersama rakan- rakan di Sabah. Beliau antara pemimpin yang ringan tangan menghulurkan bantuan dan sumbangan sekali gus memudahkan perjalanan program-program korban dan pengislaman. Tidak sulit, bahkan cukup dengan SMS atau panggilan telefon saja beliau tanpa banyak soal akan menghulur bantuan. Demikian juga dengan Datuk Tawfik Titingan dan Datuk Masidi Manjun. 

Saya menyebut perkara ini kerana membaca pos sdr. Jamawi Jaafar (atas) yang saya kira itu adalah luahan hati beliau. Luahan seperti inilah yang sepatutnya dikisahkan oleh mana-mana pemimpin sebagai muhasabah diri, apa benar perjuangan selama ini masih berteraskan ingatan pemimpin terdahulu atau sebaliknya? Jika terpesong dan menyimpang, sebaiknya kembalilah ke pangkal jalan serta mengambil pendekatan merubah mana-mana bahagian yang mengambil jalan tidak diredhai Allah serta tidak diingini rakyat. 

Saya percaya, masih belum terlambat meluruskan perjalanan perjuangan, sebagaimana janji Allah untuk memberi keampunan kepada hamba-hambaNya yang bertaubat. Meski menggunung dosa kita, jika kita bertaubat dan pohon keampunan, pasti Allah akan beri keampunan kecualilah dosa syirik.

Maaf sahabat. Saya salin tempel catatan dinding FBmu. - Nazri Aldusuni

Berikutan dari kenyataan ini, memang benar saudara Jamawi ada membuat kenyataan tersebut seperti rujukan di bawah.



Antara respon dari kenyataan ini.



Category: , ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments