Emma Gembira Bapa Terima Zizan

Unknown | 04:09 | 0 comments


Oleh : Izzat Ismail
Nampaknya hubungan istimewa diantara pelakon Emma Maembong dan Zizan Razak semakin mendapat perhatian ramai. Terbaru, pelakon Projek Memikat Suami ini dikatakan telah membawa Zizan untuk berjumpa bapanya sebagai langkah pertama didalam mengeratkan lagi perhubungan diantara mereka dan keluarga.

Ada juga ura-ura yang mengatakan bahawa pasangan sejoli ini telah mengambil cuti panjang bagi membuat persiapan perkahwinan mereka berdua. Perkara tersebut telah disahkan sebagai tidak benar oleh Emma sendiri dan menganggap ianya hanyalah sekadar khabar angin. Tambahnya, memang benar dia ada membawa Zizan berjumpa dengan ayahnya tetapi bukan bertujuan untuk menetapkan hari bersejarah itu.

Emma yang ditemui semasa perlantikannya sebagai duta terbaru produk makanan tambahan dan kecantikan Miaxara di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini turut senang dengan perhubungan mereka ketika ini. Namun menurut Emma, dia masih lagi belum memikirkan lebih jauh tentang perkahwinan.

Anak pelukis terkenal negara buat masa kini gembira dengan penerimaan keluarganya serta merasakan Zizan mempunyai keserasian terutama dengan bapanya. Apatah lagi mereka berdua mampu bercakap loghat Terengganu bersama.

Emma yang baru saja menyambut hari lahir baru-baru ini telah menerima hadiah patung Barbie ikan duyung daripada Zizan Razak sebagai pemberian hari jadinya yang ke-22. Dia juga menjelaskan sebab utama dia berehat seketika daripada berlakon adalah kerana dia mahu berehat untuk sementara waktu memandangkan jadual hariannya sebelum ini terlalu sibuk di set penggambaran.

Sumber : http://www.era.fm

Category: , , ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments