PESTA KALIMARAN 2014

Unknown | 07:10 | 0 comments

Pesta Kalimaran, iaitu perayaan kebudayaan tahunan etnik Murut yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 11 April ini menyasarkan kehadiran 30-ribu pengunjung.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Kamarlin Haji Ombi berkata pesta kali ke-11 itu akan berlangsung di Pusat Kebudayaan Murut Sabah di Tenom dengan pelbagai acara disusun termasuk upacara tolak bala. Turut diadakan ‘Butitin Kalimaran’, ‘Ralaa Kalimaran’ sebelum acara kemuncak perasmian dan perarakan kebudayaan etnik Murut pada 13 April yang dijangka disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Dalam sidang media di Kota Kinabalu, Datuk Kamarlin berkata pesta itu adalah anjuran kerajaan negeri melalui kerjasama Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan Pejabat Daerah Tenom serta Persatuan Murut Sabah.
https://besrtmkk.wordpress.com

Category: , ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments