Pekerja Ladang Dipenjara 20 Tahun, 10 Sebatan Rogol Anak Tiri
SANDAKAN, 17 April (Bernama) -- Seorang pekerja ladang Khamis dihukum penjara 20 tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah merogol anak tirinya.
Hakim Egusra Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Ben Samsul, 36, warga Indonesia.
Tertuduh didakwa merogol anak tirinya yang berumur 14 tahun di sebuah rumah pekerja, Perumahan Kongsi Pekerja Ladang Sri Kamusan, Sungai-Sungai Beluran pada 2 petang, 9 Mac lepas.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan 10 kali sebatan.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman diringankan.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Mohd Filanny Siji memohon hukuman berat atas alasan tertuduh sepatutnya menjaga dan melindungi keselamatan anak tirinya itu.
-Bernama-

Category: berita sabah, berita semasa, Rogol Anak Tiri
0 comments