Pengadil Liga Malaysia (Liga-M) : Gagal menjalankan Tugas Mengikut Piawaian Digantung dua minggu - FAM

Unknown | 16:29 | 0 comments


Kuala Lumpur: Tujuh pengadil dan dua pembantu pengadil dikenakan hukuman gantung selama dua minggu kerana gagal menjalankan tugas mengikut piawaian ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika mengendalikan aksi Liga Malaysia (Liga-M) pada pusingan pertama, musim ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Astaman Abdul Aziz berkata tindakan itu diambil selepas pihaknya menilai laporan penilai pengadil perlawanan.

Beliau berkata, pengadil dan pembantu pengadil yang dikenakan tindakan itu membabitkan tiga pengadil Liga Super, seorang pembantu pengadil Liga Super, dua pengadil Liga Perdana, dua pengadil Piala Presiden dan seorang pembantu pengadil Liga FAM.

“Jawatankuasa ini tidak hanya menunggu aduan rasmi baru bertindak. Kami akan mengambil tindakan terhadap pengadil menerusi laporan yang dihantar penilai pengadil yang bertugas pada sesuatu perlawanan,” katanya semalam.

Sumber : http://www.bharian.com.my

Category: , , , ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments