PENJELASAN (Punca Sebenar) : Lelaki Dakwa Gangguan AZAN

Unknown | 17:12 | 0 comments


Petikan akhbar myMetro bertajuk : Lelaki Dakwa Gangguan Azan

Pasir Gudang: Laporan polis yang dibuat oleh seorang pekerja kilang berusia 56 tahun yang mendakwa tidurnya terganggu oleh laungan azan dan bacaan tahrim daripada sebuah masjid berhampiran, menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai.

Laporan lelaki beragama Islam berkenaan tersebar dengan luas di laman sosial Facebook (FB) mulai kelmarin, mendakwa tidurnya terganggu pada jam 5.45 pagi pada 8 April lalu, gara-gara tindakan sebuah masjid berdekatan kediaman keluarganya di Jalan Perjiranan, Pasir Gudang.

Dia mendakwa bunyi pembesar suara bacaan tahrim dan laungan azan daripada masjid itu terlalu kuat.

Lelaki berkenaan mendakwa sudah melaporkan perkara berkenaan kepada Pejabat Agama Islam Johor dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) serta berjumpa dengan ahli jawatankuasa masjid berkenaan.

Jurucakap Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) berkata, perkara seumpama itu tidak seharusnya timbul terutama apabila umat Islam yang membuat laporan,” katanya.

Sementara itu Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) On Jabbar berkata, perkara itu lebih menjurus kepada isu kemasyarakatan.

PENJELASAN SEBENAR oleh seorang yang hanya mahu dikenali sebagai
Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang  :

Jika itulah punca sebenarnya, tidak hairanlah mengapa Mohd Said bertindak sedemikian. 
Apa-apa pun, marilah kita bersangka baik terhadap beliau. - My Media Hub

Sumber : myMetro, My Media Hub
 

Category: , , , ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments