AMARAN TSUNAMI : Gempa Bumi bermagnitud 8.2 (02/04/2014)

Unknown | 20:04 | 0 comments


QUEQUE (Chile) – Gempa bumi bermagnitud 8.2 melanda kawasan perairan Chile dekat sini kira-kira pukul 11.35 malam (waktu tempatan).

Menurut kenyataan Pusat Amaran Tsunami, keadaan itu mencetuskan amaran tsunami di sepanjang perairan Amerika Latin di Lautan Pasifik. 

Tentera Laut Chile pula melaporkan gelombang pertama tsunami setinggi 2.11 meter melanda kawasan pantai dalam tempoh 45 minit selepas gempa berlaku.

Bagaimana pun setakat ini tiada sebarang kerosakan dan kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu. 

Pihak berkuasa Chile mengambil langkah awal dengan melakukan ‘pemindahan pencegahan’ bagi penduduk di kawasan utara perairan negara itu.

Gempa bumi itu merupakan susulan daripada beberapa siri gegaran yang melanda sejak dua minggu lalu di kawasan terbabit.

Sementara itu dalam rakaman stesen televisyen tempatan Chile, menunjukkan deretan kenderaan bergegas meninggalkan kawasan pesisir pantai.

Manakala terdapat beberapa stesen teelivsyen turut menyiarkan keadaan dalam bangunan yang bergegar ketika gempa berlaku.

Dalam pada itu, Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) melaporkan, gempa berkenaan berlaku di kawasan cetek iaitu kira-kira 10 kilometer dibawah dasar laut.

Laporan itu juga menyebut, gempa itu berpusat di barat laut Iqueque, Chile yang merupakan pelabuhan utama bagi eksport perlombongan.

Ahli Geofizik AS, Rafeal Abreu berkata, gempa bumi cetek itu lebih mudah mencetuskan tsunami dan menghasilkan gegaran kuat di permukaan tanah.         

“Kawasan ini adalah satu kawasan yang telah mengalami peningkatan aktiviti seismik. Pemantauan telah dibuat dan buat masa ini kami masih belum mendapat sebarang maklumat langkah terkini yang diambil,” katanya.

Amaran tsunami dikeluarkan di Chile, pesisir pantai Peru, Ecuador, Colombia, Panama, Costa Rica dan Nicaragua yang dilihat berisiko.

Pada tahun 2010, gempa bermagnitud 8.8 mencetuskan tsunami menyebabkan kemusnahan besar di beberapa bandar pesisir pantai di tengah selatan Chile. Ratusan nyawa terkorban dalam kejadian itu. 

Gempa yang paling kuat pernah direkodkan juga berlaku di Chile iaitu bermagnitud 9.5 yang mengorbankan lebih 5,000 nyawa pada tahun 1960.

Sumber http//news.abnxcess.com

Category: , , ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments